Pages

Sunday, January 23, 2011

IDOLAKU :Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz  (Gabenor Bank Negara Malaysia)



 Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (Gabenor Bank Negara Malaysia)
ni la idola ak...salah satu nape ak amik course accounting ni ak nk jadi mcm beliau..ak selalu berangan-angan bile suatu hari nti wang kertas yang bernilai RM  akan bertukar menjadi tandatangan ak..setiap kali ad signature mase sekolah dulu msti ak x lupe utk selitkan perkataan gabenor..semua kwan2 ak gelakan je..ak ckp ane mungkin x mustahil "one day money have my signature"
tp x mustahil suatu hari nanti ak akan jadi mcm beliau.....best nye,,
Gabenor Bank Negara"Tan Sri Dato Dr. Noor Mazriha"huhuhu..angan-angan jer..

setelah ak diterangkan oleh miss suhana pasal mcm mane nk jadi seorg accounting yang professional
ak mcm like je nk smbg lpas abis diploma ni dalam ACCA..Profesional accounting...
Jika usaha ada pasti kejayaan akan menanti..



Zeti Aziz bergambar bersama KDYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin Yang Di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong. Turut kelihatan Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Tun Razak
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (Gabenor Bank Negara Malaysia) telah merangkul anugerah Tokoh Maal Hijrah 1432H..
Tahniah saya ucapkan.. sesungguhnya kerja keras beliau sudah dihargai..

Pemilihan beliau yang menjawat jawatan itu sejak Mei 2000 berikutan sumbangan besar kepada sistem kewangan Islam yang kini bertapak kukuh di negara ini dan menyumbang kepada sebuah sistem kewangan yang berdaya saing, pelbagai, komprehensif dan inklusif.

Beliau yang menerima hadiah wang tunai RM100,000, plak, pingat dan sijil selaku penerima anugerah kali ke-21, menganggap anugerah itu dorongan untuk beliau terus menyumbang kepada negara.

Sementara itu, Ungku Aziz, yang juga penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1418H/1997, terharu dengan penganugerahan kepada anak tunggalnya itu.

“Saya rasa terharu kerana Zeti adalah wanita pertama yang menerima anugerah ini. Saya harap beliau akan menggunakan kepakarannya dalam bidang ekonomi dan kewangan, khususnya perbankan Islam, untuk membantu negara,” katanya yang pernah menerima anugerah itu 11 tahun lalu.


Kepada Tan Sri Zeti Aziz...dah dapat duit RM100000 tu bagi la dekat saya sikit...hehehehe...nak RM15000 je..boleh? haha...Tahniah sekali lagi, kejayaan beliau menjadikan semangat saya untuk belajar Accounting dengan lebih gigih


0 ulasan:

Post a Comment