Pages

Wednesday, October 5, 2011

DOKTOR CAKAP SAKIT GIGI BAHAYA!!!


Dah seminggu aku menderita sakit gigi. Seksa giler! Nak buat apa-apa kerja pun tak boleh. segala kerja untukk final kena wat gak sebab nie dah sem last x kan nkk repeat..terpaksa la buat walaupun tengah sakit gigi. Terpaksa tahan sakit. Korang pun mesti pernah rasa sakit gigi kan? Nak bercakap pon jadi malas sebab sibuk tahan sakit. Bila ada orang buat lawak, rasa nak bagi penampor je kat muka orang tu. Haihh.. Tapi kalau dengan p.we, aku layan je. Sayang punya pasal. Hehe..

Doktor cakap kalau gigi tengah sakit tak boleh cabut. Bahaya! Ni tengah tunggu sakit gigi hilang la ni. Dok sumbat bunga cengkih dalam gigi yang berlubang, kumur air garam, kumur dengan Listerine. Nanti dah tak sakit, bila pergi melawat doktor kat klinik gigi boleh suruh dia cabut terus. Sakit hilang.. Gigi pon hilang.. Haha.. Kenapa tak boleh cabut bila gigi tengah sakit? Sape tau? Kalau ikutkan hati, nak je aku tarik gigi ni dengan playar. yang paling sedih tumbuh garhang bongsu..tua dah rupenyer....

Yang paling tak tahan, sakit gigi ni biasanya datang tengah-tengah malam. Kalau sakit sangat, tengah malam mana ada klinik bukak. So terpaksa tanggung sakit sampai ke pagi. Termasuk hari ni, dah 3 hari aku kurang tidur sebab sakit gigi. Paling lama pun tidur 2 jam je. Jagalah kesihatan gigi korang kalau tak nak menanggung sakit macam aku ni. Huk huk..tapi yang penting semua orang akan rasa sebab lingkaran umur tumbuh garhang bongsu 18-30..heheh..dah 3 klinik aku g..tpi semua same..bile nk baik..ari2 syik makan bubur jer..boring...

Walaupun sakit gigi ni nampak macam sakit yang tak berapa nak bahaya, tapi sebenarnya sakit gigi boleh membawa MAUT! Ramai yang amik mudah bila sakit gigi. Telan painkiller dan macam-macam ubat lagi nak bagi hilang sakit sebab takut nak jumpa doktor gigi. Lama-lama sakit gigi tu pon hilang. Memang la hilang tapi kesan pada sakit gigi tu tetap aktif pada urat saraf. Boleh membahayakan tulang rahang, otak, mata, jantung, paru-paru dan macam-macam lagilah sebab bila dah efek pada urat saraf, seluruh tubuh kita ni kan ada urat saraf, so kesan daripada sakit gigi tu boleh merebak ke tempat-tempat lain. Kat bawah ni salah satu kesan akibat sakit gigi.

Petua mencegah sakit gigi:
Campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi bila nak gosok gigi setiap pagi ataupun sebelum tidur. Amalkan cara ni korang bukan setakat dapat mencegah sakit gigi, malah gigi korang akan jadi lebih putih dan berseri disukai ramai.













0 ulasan:

Post a Comment